Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Tuesday

Fairy Cave


Antara tempat aktiviti utama dan yang selalu dijalankan bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Rakan Muda, syarikat swasta dan NGO yang lain ialah di Fairy Cave, Bau.
Di sini aktiviti yang dapat dijalankan ialah camping, wall climbing, absailing, repailing, jungle trekking dan caving. Selalunya aktiviti ini diadakan pada hujung minggu dan musim cuti. Kebiasaannya pada petang Jumaat lagi, ahli kelab sudah berkhemah dengan santai menunggu peserta yang datang dari pelbagai tempat. Tempat untuk aktiviti camping di lakukan di luar mulut gua. Tempat tersebut amat sesuai kerana terlindung daripada hujan.
Bagi aktiviti wall climbing pula, terdapat beberapa tempat untuk permulaan untuk mendaki, dari yang tahap senang sehinggalah yang susah. Beberapa route telah dinamakan oleh pendaki-pendaki. Difahamkan wall climbing di fairy cave merupakan antara route yang susah di Malaysia.
Aktiviti absailing dan repailing dijalankan pada 2 tahap ketinggian iaitu setinggi 40 meter dan 70 meter. Bagi yang gayat ataupun yang baru mencuba bolehlah mencuba pada tahap 40 meter sahaja.
Aktiviti jungle trekking dapat dijalankan selepas menyusuri jalan dalam fairy cave (Gua Pari Pari). Subhanallah, keindahan fairy cave ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Berkunjunglah sendiri ke gua ini untuk melihat keindahan alam. Jungle trekking ini bermula setelah sampai di hujung gua. Setibanya di puncak, kita boleh melihat keadaan sekitar termasuklah sempadan Malaysia dan Indonesia.
Untuk aktiviti caving pula terdapat beberapa laluan jalan yang memerlukan guide untuk masuk.
Pakaian yang sesuai hendaklah digunakan kerana ada sebahagian tempat memerlukan kita berbaring, mengiring dan sebagainya.

Santubong


Aktiviti wajib yang selalu dilakukan oleh Kelab, iaitu mendaki Gunung Santubung. Jika tiada aktiviti kelab yang lain, selalunya aktiviti bermalam di Gunung Santubong dilakukan. Kalau ada cuti yang panjang, pengerusi selalu akan naik riki jalan yang baru dan turun menggunakan jalan yang baru. Ahli Kelab pernah turun absailing sehingga tali yang digunakan tidak cukup, dan terpaksa menyambung menggunakan tali yang lain.

Taman Negara Tanjung Datu


Taman Negara Tanjung Datu sepatutnya menjadi salah satu destinasi untuk para pencinta alam kerana keunikkannya dan sangat menarik untuk dijelajah. Keindahan alam flora dan fauna nya mampu memikat pengunjung yang bertandang. Walaupun Taman Negara ini jauh, hampir di sempadan indonesia (Berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Datu), Taman Negara ini lengkap dengan kemudahan bagi pengunjung yang hendak bercuti di sini. Terima kasih juga kepada renjer di sana kerana telah memberi layanan yang istimewa.

Tanjung Datu & Ekstrem


Antara aktiviti yang agak ekstrem yang pernah di dilakukan. Kembara ke Teluk Melano dan Taman Negara Tanjung Datu berjalan kaki menyusuri pantai dari Kem Pueh. Melintasi 5 batang sungai, satu darinya terpaksa berenang kerana air pasang. Yang ekstremnya, dah sampai di Telok Melano, baru dimaklumkan sungai yang direnangi ada "buaya" yang telah mengorbankan 2 mangsa. Kalaulah tahu dari awal, memang sanggup berkhemah tunggu air surut.

Thursday

Penubuhan Kelab Aktiviti Lasak Kuching

Kelab Aktiviti Lasak Kuching telah didaftarkan secara rasminya kepada Pendaftar Pertubuhan, Malaysia pada 14 haribulan Mei 2009 yang bernombor 0927-09-SWK. Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan belia yang meminati sukan mendaki gunung dan aktiviti rekreasi luar. Pada dasarnya, aktiviti kelab ini sudahpun bermula semenjak tahun 2004 lagi. Antara aktiviti yang selalu yang dilakukan oleh kelab ialah "Jungle Trekking", "Hiking", "Camping", "Climbing", "Absailing", "Repailing", "Caving" dan sebagainya. Idea penubuhan kelab ini dicetuskan atas dasar untuk memudahkan pergerakan aktiviti kelab disamping dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan lebih sistematik. Kelab ini juga sering bekerjasama dengan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dalam aktiviti rekreasi luar.