Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Sunday

Bersahur DiPuncak Santubong (28-29 Ogos 2009)

Assalamualaikum kepada team member KALK dan semua umat islam seuruhnya dan selamat mengerjakan ibadah puasa. Seperti biasa KALK tidak akan berhenti beraktiviti meskipun dibulan Ramadhan dan sesungguhnya di bulan mulia ini team Kalk dapat menguji ketahanan diri disamping mengekalkan kekuatan dan stamina diri. Di bulan mulia ini Kalk mempunyai rutin tersendiri iaitu Bersahor Di Puncak Gunung dan gunung yang menjadi pilihan ialah Santubong. Mengambil kira tahap ketinggian dan masa pendakian, Santubong merupakan lokasi terbaik. Bermula dengan berkumpul di hadapan Plaza Astana pada jam 10 mlm selepas Solat Tarawih, team bergerak ke lokasi jam 10.30. Tiba di balai Polis Santubong untuk melapor diri di sana. Team mula bergerak kekaki gunung jam 11.30 dihantar oleh seorang team Kalk yang tidak menyertai xpdc kerana bekerja. Team mula mendaki tepat jam 11.30 malam.
Team bergerak pada jam tepat 11.30 malam dan tiba dipersimpangan air terjun tepat jam 12.20pagi. Berehat selama 10 minit dan bergerak semula pada jam 12.30 pagi. Team bergerak secara perlahan dan rilex kerana kesemua team baru balik dari bekerja dan terus mendaki. Penat tetapi bersemangat.
Team tiba di puncak tepat jam 3.00 pagi dan menjadikan masa pendakian selama 3 jam 30 minit. Setelah berehat sebentar, team mula memasang Hemmock untuk tidur dan menyalakan lampu gas untuk menerangi team yang berteduh di pondok di puncak Santubong.

Tepat jam 3.30 pagi kami mula mengeluarkan semua bekalan makanan untuk Bersahor. Bagi team member yang pertama kali bersahor di puncak Santubong seperti Su, Izmil, Wan, ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan biarpun penat selepas bekerja dan berpuasa. Tapi Best...dan Puas Hati. Bersahor bersama-sama team Kalk sememangnya disajikan bersama gelak ketawa dan karenah team yang lucu. Ini mengeratkan lagi Silaturrahim yang erat antara team member.
Selepas bersahor team mula berkemas dan membersihkan kawasan selepas bersahor. Selepas waktu Imsak team mula tidor untuk berehat menyimpan tenaga untuk turun pagi nanti.

Pagi tersebut team member bangun dari tidur kira-kira jam 10 pagi. Kepenatan sememangnya tidak menyedarkan kami dari tidur setelah riuh keadaan apabila seorang team menjerit mengatakan ada seekor kera mengunjungi kami. Nasib baik tak kacau bilau setelah seorang team kami memberi sebiji Kurma kepada sang kera tersebut. Hehehehe.....

Team member mula membersihkan diri di kolam semulajadi berdekatan. Kolam tersebut tidak kelihatan dek kerana rumput yang panjang. Kerana itulah seorang team, Sailee berhajat untuk . menebas rumput yang panjang agar senang membersihkan diri. Salah satu kerja amal yang team sumbangkan untuk sesiapa sahaja yang akan menggunakan kolam tersebut.

Setelah siap semua kelengkapan turun dan membersihkan kawasan sekitar, team mula bergerak turun tepat jam 12 tengahari. Sebelum itu sempat merakam photo kenangan kami di puncak.
Tepat jam 2ptg kami tiba di persimpangan air terjun dan bukit putri. Setibanya kami disana kami bercadang untuk berehat selama 2 jam iaitu Tido la...siap gantung Hammock lagik...huhu...
Team member apalagi, trus lena kerana keletihan dan masih lagi berpuasa.

Tepat jam 4ptg kami mula bertolak turun dari persimpangan dan tiba di kaki gunung jam 4.20ptg. Hanya 20minit tiba di bawah. Setibanya di bawah, salah seorang team member iaitu Fadzal menumpang motosikal orang awam untuk ke balai polis santubong untuk mengambil kenderaan dan melaporkan kepada pihak polis tentang aktiviti kami. Kami bertolak balik ke kuching tepat jam 5 ptg. Kesemua team terus balik ke rumah untuk berbuka puasa.

Terima kasih diucapkan kepada team member yang memberi sokongan kepada aktiviti Ramadhan ini biarpun dalam keadaan berpuasa namun iman tetap teguh. Syabas diucapkan kepada semua team member yang memberi sokongan padu kepada program ini. Alhamdullillah.
Kita jumpa lagi di program berbuka puasa nanti ya...Assalamualaikum...
suscotty/kalk/2009

No comments:

Post a Comment