Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Monday

KaLK Berhari Raya

Selamat Hari Raya kepada warga KaLK...pada raya ke-6, team KaLK berhari raya di rumah team Su, Azlina, Abg. Mohd dan Sailee. Bermula dari rumah Su di Matang Jaya, team bergerak ke rumah Azlina di Kpg Semenggok di Bt.12. Kemudian bergerak ke rumah Abg di Kpg Paroh dan diakhiri di rumah Sailee di Tmn Alamanda. Biarpun penat beraya tetapi seronok kerana berkumpul beramai-ramai sesama keluarga dan team. Team beraya lagi pada hari seterusnya di rumah pengerusi Abg Doni, Saiful dan Hailah.

Semoga berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam sedunia.

Friday

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua team member KALK dan seluruh umat Islam sedunia. Maaf Zahir Batin sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa sesama team tatkala berekreasi bersama-sama. Ampun dipinta mensuci hening dosa. Diharap hubungan sesama team lebih erat lagi selepas ini. Selamat Hari Raya diucapkan dari team Kelab Aktiviti Lasak Kuching dan jangan lupa jemput datang ke rumah team member nanti..kita plan jalan raya ramai-ramai...yeah...1 Malaysia 1 Belia...

suscotty/kalk/raya09

Sunday

Berbuka bersama Kelab Radio Amateur Sarawak

11 September 2009

Pada Jumaat lepas KALK telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Kelab Radio Amateur Sarawak di restoran pondok laguna di Crown Tower. Seramai 6 org ahli KALK telah menyertai kelab tersebut iaitu En. Doni (Pengerusi), Boy (Timbalan), Su (Sec), Fadzal, Bujang (Jurupandu) & Sailee (Pengulu). Diharap dengan penyertaan team member di dalam Kelab Radio Amateur dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang rekreasi dimana radio juga memainkan peranan penting. Kepada pihak Kelab Radio Amateur Sarawak ribuan terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput kami. Terima Kasih

suscotty/kalk09

Wednesday

Penaung Kelab Aktiviti Lasak Kuching

Pada 1 September 2009, KALK dengan rasmi dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Mohamad Selihin Bin Haji Kachon iaitu Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah bersetuju menjadi Penaung bagi KALK. Merujuk surat Jabatan Belia dan Sukan yang bertarikh 01 September 2009 - JBSNS.4.098/jld.11(70).

Semoga dengan adanya Penaung kelab ini diharap pelbagai aktiviti sukan lasak akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih

"Berkhidmat Untuk Negara"

suscotty/kalk/2009

Majlis Berbuka Puasa KALK - 1 Sept 2009


Pada 1 September 2009 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1430H, KALK telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di restoran Garden Steamboat di jalan Nanas. Pada masa yang sama kami menyambut hari kelahiran seorang team member KALK iaitu Sudriman Matnoh (Bujang) yang ke 33 tahun . Semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin...




Diharap Ramadhan tahun hadapan KALK dapat lagi mengadakan majlis berbuka seperti ini Insyaallah... Terima kasih kepada team member mahupun yang lama dan baru kerana sudi memeriahkan majlis ini. Diharap hubungan antara team tidak berakhir disini sahaja. Semoga berjumpa kembali di program yang akan datang. Assalamualaikum...

suscotty/kalk/09