Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Sunday

Camping di Pantai Grigat, Kabong

16 - 18 Oktober 2009

Program berkhemah di pantai Gerigat, Kabong merupakan salah satu aktiviti kelab yang telah dilakukan oleh team member. Bertolak pada jam 9 mlm pada 16 oktober secara berkonvoi dan tiba di rumah Puan Azlina(E.S) pada jam 3 pagi. Keesokannya kami pergi ke pasar basah Saratok untuk membeli barang keperluan berkhemah seperti makanan dan bahan untuk BBQ.



Bertolak dari Saratok ke pantai Gerigat pada jam 3 petang. Setibanya disana team terus menyediakan tapak perkhemahan dimana kesemua team menggunakan hemmock sebagai pilihan untuk tidur. Team juga bekerjasama menyediakan tempat untuk BBQ dengan mencari kayu dan ranting untuk ungun api.
Antara resepi BBQ kali ini adalah "chicken wing's, sausage, beef n jagung". Sedap walaupun ader rasa pasir sikit dan beef ader la liat sikit. hehehe...walaubagaimanapun team amat enjoy meluangkan masa bersama-sama.

Beginilah keadaan tapk perkhemahan kami. Sebatang pokok dan 5 hemmock tergantung disitu. Seperti kepompong rama-rama. Seperti biasa tidur kami bertemankan nyamuk dan "rengit".

Diharap kami dapat lagi berkhemah seperti ini memandangkan ramai team member yang tidak menyertai perkhemahan kali ini terutama sekali otai kita Abg. Don, Hailah, Abang dan Pijan. Sunyi sikit la tapi team tetap enjoy. Terima kasih diucapkan kepada team member yang menberi sokongan kepada program perkhemahan kali ini. Semoga berjumpa lagi. Salam Rekreasi...Salam 73...

Cyclathon & Jogathon - Kidney Association of Sarawak

11 Oktober 2009

Persatuan Buah Pinggang Sarawak (KAS) telah menganjurkan satu program berbasikal dan jogathon bagi kempen menderma untuk persatuan tersebut berlangsung di Dewan Masyarakat Kuching. Program bermula seawal 7 pagi melibatkan lebih 200 orang peserta berbasikal dan jogathon. KaLK juga menyertai program ini diwakili oleh saudara Bujang (J.P) diiringi oleh Su (C.C). Program berbasikal sejauh 42km bermula di dewan tersebut dan berakhir disitu juga. Program berakhir kira-kira jam 11pagi. Terima Kasih diucapkan kepada team member yang menyertai program tersebut. Diharap team member dapat menyertai program sebegini di waktu yang akan datang. Terima Kasih.

Peserta jogathon berlepas.
Bujang mewakili KaLK

Peserta berbasikal berlepas.

suscotty/kalk

Monday

Latihan Abseil & Climb di Fairy Cave Bau

4 Oktober 2009
Seramai 5 org ahli KalK memulakan sesi latihan abseil & climb di Fairy Cave Bau iaitu Su (Cc), Bujang (J.P), Sailee, Noh & Jass. Dalam sesi latihan team memperkenalkan sukan ini kepada pendatang baru dalam kelab iaitu Jass. Dalam sesi latihan tersebut, Sailee (penghulu) juga membawa ahli keluarga nya terdiri daripadaa isteri beliau dan dua anak lelaki yang akan menjadi pelapis KaLK. Insyaallah...
Su & pelapis berusia 4 tahun dipanggil Abang.
Bujang melakukan abseiling.

Latihan seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa untuk recall balik apa yang telah dipelajari supaya ilmu itu tidak hilang dan sia-sia. Kepada yang berminat mengikuti aktiviti sebegini bolehlah menghubungi setiausaha kelab iaitu Su di talian 019-8680274 atau Pengerusi kelab iaitu En. Doni di talian 013-8088044. 1 Belia 1 Malaysia

suscotty/kalk09