Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Wednesday

Maret Muda Sarawak 2009 Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan


Pada 19 dan 20 Disember 2009 yang lepas, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Aktiviti Lasak Kuching (KALK) telah mengadakan Aktiviti Pengenalan Maret Muda (Malaysian Amateur Rescue Emergency Team) di Fairy Cave Bau.
Seramai 32 orang Maret Muda dari beberapa buah sekolah mengikuti program ini dengan jayanya. Antaranya ialah SMK Agama Matang, Kolej DPAH, SMK Matang Hilir dan SMK Bako.
Bersama-sama peserta ialah ahli KALK yang diketuai oleh pengerusi sendiri Uncle Don, Boy, Azlina, Fadzal, Bujang, Sunarthi, Hamsiah, Hailah, Shailee, Ana dan 3 orang pegawai dari JBS.
Program bermula dengan berkumpulnya Peserta Maret Muda Sarawak di perkarangan Bangunan Sultan Iskandar pada pagi 19hb Disember 2009 untuk mendengar taklimat perjalanan program.

Seperti kebiasaan ahli KALK telah awal mengambil tempat pada 18hb malamnya untuk setting apa yang patut.
Ketibaan Maret Muda Sarawak di tapak perkhemahan Fairy Cave, Bau
Ahli KALK sedang menyediakan alatan yang akan di tunjukkan kepada Maret.
Antara aktiviti yang paling best, absail pada ketinggian lebih kurang 20-30 meter.
Aktiviti climbing, hanya dua peserta lelaki sahaja yang sampai pada penamatnya.

Tuesday

KARNIVAL SUKAN LASAK KEBANGSAAN 2009

5 Disember 2009

Karnival Sukan Lasak Kebangsaan 2009 berlangsung di Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras KL melibatkan sebahagian daripada ahli KaLK sebagai atlit sukan lasak diantaranya Hailah Belon, Sudriman Matnoh, Sunarthi Fitri dan Mohd. Noh. Keempat-empat atlit ini mewakili Sarawak dalam acara wall climbing. KaLK juga berangkat bersama 2 atlit Inline Skate, 2 atlit Skateboard dan 3 atlit BMX. Kontinjen diiringi oleh pengurus pasukan iaitu Puan Azlina, En. Doni Sahari, En. Roslan dan En. Faisal dan dibantu oleh En.Jaaffarudin dan En. Zuraimi.
Ahli KaLK yang mewakili Sarawak
Kontinjen Sukan Lasak Negeri Sarawak

Atlit sebelum berangkat ke KL di LTAK

Tiba di tempat penginapan - Kolej Zaa'ba UKM
Atlit sebelum berangkat ke lokasi karnival sukan lasak
(Dalam bas)

Telatah atlit
Peserta Explorace Sarawak - Tempat ke 3
Atlit BMX Sarawak
Atlit Expert Speed Climbing Sarawak, Hailah Belon - Tempat ke 4
Hailah Belon
Atlit Expert Speed Wall Climbing Sarawak, Sunarthi Fitri - Tempat ke 11
Sunarthi Fitri
Sudriman dalam acara Expert Bouldering Man
Noh dalam acara Expert Bouldering Man
Peserta Explorace - Tempat Ke 3
Hailah , Atlit Woman Expert Speed Climbing - Tempat ke 4
Atlit Wall Climbing Sarawak
Sudriman, Sunarthi, Hailah, Mohd Noh
Makan malam pada malam terakhir di KL
(Jalan Masjid India)
Hailah....Emmmm Nyeman...

Breakfast di Restoran Yassin pada hari terakhir di KL

Bersiap sedia untuk check out dari Kow Loon Hotel jalan TAR

Tahniah diucapkan kepada atlit yang berjaya dan kepada semua atlit yang mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Lasak Kebangsaan kali ini. Diharap tahun hadapan kita boleh mengharumkan nama negeri Sarawak seperti kali ini. Tahniah diucapkan sekali lagi. Juga terima kasih diucapkan kepada KaLK kerana berjaya membawa nama kelab sebagai Pengurus kontijen Sarawak kali ini.

1 Belia 1 Malaysia
su/kalk2009