Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Wednesday

Pendakian Gng Santubong - JBS

Pendakian puncak santubong Jabatan Belia dan Sukan Sarawak bersama Kelab Aktiviti Lasak Kuching dan Maret Muda Sarawak. (16 Januari 2010)

Pendakian bermula jam 8 pagi dimana semua peserta berkumpul di kaki gunung pada jam 7.30pagi. Bermula dengan short briefing yang disampaikan oleh En. Fadzal dari KalK. Sejurus kemudian senaman ringan diketui oleh seorang pegawai JBS iaitu Cik Siti K.

Ini adalah peserta yang berjaya ke puncak santubong namun ada lagi sebahagian daripada seluruh kumpulan tiba di puncak kemudian nya. Ini merupakan kumpulan pertama yang tiba pada jam 11 pagi.


KalK mengucapkan terima kasih kepada pihak Belia dan Sukan Sarawak kerana memberi kepercayaan kepada KalK bagi membantu menjayakan misi menakluki puncak Santubong ini.


Sekian terima kasih

Salam 1 Belia 1 Malaysia

Salam 73




Thursday

Mesyuarat Agung Tahunan KaLK 2010 - Penggal ke 2

06 Januari 2010
Bertempat di kediaman setiausaha kelab, Sunarthi Fitri di Matang Jaya. Pertama kalinya mesyuarat agung ini diadakan bagi pembubaran dan perlantikan baru AJK Tertinggi KaLK. Juga dibentangkan hal-hal berbangkit. Berikut adalah senarai AJK Tertinggi baru KaLK bagi penggal ke 2 ini.

PENAUNG
En. Selihin Bin Haji Kachon
(Pengarah Belia dan Sukan Sarawak)

PENGERUSI
En. Doni Bin Sahari

TIMBALAN PENGERUSI
En. Jaafaruddin Bin Abdul Hamid

SETIAUSAHA
Cik Sunarthi Fitri Binti Haji Pandi

BENDAHARI
Cik Hamsiah Binti Bontal

AJK
En. Fadzal Bin Kipali
En. Sudriman Bin Matnoh
Cik Hailah Binti Belon
En. Mohammad Bin Sahari
En. Saille Bin Mohd Ali
En. Mohd.Izwan Bin Nordin
Salam 73, Salam 1 Malaysia

Saturday

Program Integrasi Maret Muda Malaysia

Program Integrasi Maret Muda Malaysia - (26-29 Disember 2009)

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama KALK dan JKK Kpg Sg. Putin. Program berlangsung selama 4 hari tersebut telah melibatkan seramai 69 ahli Maret Muda Semenanjung dan Sarawak. Diiringi oleh pegawai belia dan sukan negeri sarawak, guru pengiring dan 6 orang ahli KaLK bagi membantu perjalanan program ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahhim antara ahli Maret Muda Semenanjung dan Sarawak. Berikut adalah antara program-program menarik yang mereka jalani sepanjang program berlangsung.


Ahli Maret Muda tiba di kpg. Sg. Putin


Program penyerahan anak angkat. Ahli Maret bersama adik beradik angkat dan keluarga angkat.







Ahli KALK yang bersama menjayakan Program Integrasi Maret Muda


Lawatan ke Jong Crocodile Farm

Lawatan ke kilang pasu

Lawatan Ke Kampung Budaya Sarawak

Lawatan Ke Rumah Panjang Sg. Buluh Batang Sadong


Persembahan dari penduduk rumah panjang. Tarian Ngajat.

Bergambar kenangan Maret Muda bersama Y.B. Hajjah Nancy, ahli perlimen Btg Sadong dan

Timbalan Ketua Pengarah Belia dan Sukan Pn. Zaharah

Y.B dan TKP berangkat pulang ke Kuching

KaLK mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Sarawak kerana memberi peluang kepada kami menyertai program yang menarik seperti ini. Semoga kami diberi kepercayaan lagi untuk menyertai program yang akan datang.

Salam 73

Terima Kasih