Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Friday

Kursus Rekreasi Tahap 1-Peringkat Bahagian Samarahan 2010

7-9 May 2010

Sekali lagi KaLK diberi mandat oleh Jabatan Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan bagi mengendalikan Kursus Rekreasi Tahap 1. Seramai 31 peserta dari bahagian Samarahan dan Unimas telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Kursus berlangsung selama 3 hari di Fairy Cave Bau. Seramai 8 org team KaLK terlibat menjadi jurulatih.

Pegawai JBS, pensyarah Unimas, barisan jurulatih KalK dan peserta bergambar di akhir kursus.
Gelagat jurulatih dalam kelas ikatan tali.

Gelagat peserta setelah keluar dari dalam gua.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Belia dan Sukan kerana memberi kepercayaan kepada KaLK untuk mengendalikan Kursus ini. Pihak kami berasa amat gembira kerana kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kepada peserta yang terpilih ke Tahap 2, jumpa anda di Bintulu.

Sekian, Salam 1 Belia, 1 Malaysia

Salam 73



Thursday

Kursus Asas Mendaki Tembok Tiruan, Peringkat Negeri Sarawak

Kursus asas mendaki tembok peringkat negeri Sarawak telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 23-25 April 2010. KaLK telah di beri mandat bagi mengendalikan kursus ini. Seramai 20 lebih org peserta yang terdiri daripada belia sekitar Kota Samarahan telah mengikuti kursus ini.
Peserta sedang menjalankan sesi memanaskan badan.
Tembok tiruan yang bakal menanti para peserta untuk diuji.
Sebahagian para peserta berada di dalam kelas teori.
Para jurulatih bersedia mengajar.
Mr. Doni sedang menerangkan sesuatu di dalam kelas.
Aksi peserta mencuba mendaki tembok tiruan.
Jurulatih jemputan.
Barisan peserta yang menang dalam pertandingan yang diadakan. Hadiah nya ialah keahlian secara percuma menyertai Kelab Aktiviti Lasak Kuching.
Peserta, jurulatih, pegawai JBS & pegawai Unimas merakamkan photo kenangan bersama di akhir majlis penutupan kursus.

Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang.
Salam 1 Belia 1 Malaysia

Salam 73
scotty17/kalk

Saturday

Pesta Beteba' - 18 April 2010

Pesta Beteba' anjuran PNB dengan kerjasama JBS telah mengadakan pertandingan sukan air di Waterfront Kuching. Beberapa acara telah di adakan seperti kayak, renang, rakit, perahu tambang, tangkap itik dan pukul bantal. Acara yang julung-julung kali diadakan telah melibatkan KALK dalam membantu menguruskan perjalanan karnival berkenaan. Pihak JBS telah memberi kepercayaan kepada KALK dalam membantu melancarkan acara rakit, kayak dan perahu tambang


Peserta kayak tiba digarisan permulaan kayak .
Peserta perahu tambang sedang bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan.
Peserta rakit sedang menyiapkan rakit mereka di garisan permulaan.

Penunggu kayak yang "expert"
Team KALK sedang menguji kayak sebelum pertandingan dimulakan bagi memastikan kayak dalam keadaan baik dan selamat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PNB dan JBS kerana memberi kepercayaan kepada KALK dalam membantu melancarkan PESTA BETEBA'.

Sekian terima kasih.

1 Belia 1 Malaysia
Salam 73

scotty17/kalk