Jumlah Pengunjung

Jumlah Pengunjung
Counters

Wednesday

Serian Raft Safari

29-30 Julai 2011

Kalk telah menghantar 2 kumpulan bagi menyertai Serian Raft Safari iaitu perlumbaan rakit di Batang Kayan Sadong Serian. Kayuhan sejauh 25 km itu memerlukan tenaga yang banyak memandangkan sungai agak cetek ketika ini. Kalk yang terdiri dari 2 kumpulan, 4 org setiap kumpulan bertolak seawal 7 pagi dari Kuching untuk menghadiri taklimat di Majlis Daerah Serian. Ahlil yang terlibat dalam perlumbaan adalah Jafaaruddin, Sudriman, Sunarthi, Safardi, Rizamri, Ahmad, Nagib, Noraida, Sulastri dan Fairuzz.

Taklimat di Majlis Daerah Serian

Persediaan untuk membawa rakit ke tempat permulaan perlumbaan.

Ahli Kalk bertungkus lumut menurunkan rakit ke sungai.

Suasana di Batang Kayan yang penuh dengan peserta perlumbaan Serian Raft Safari yang juga melibatkan pasukan dari luar negara.

Walaupun Kalk tidak mendapat apa-apa tempat semasa pertandingan ini tetapi ahli telah mendapat pengalaman pertama yang akan memberi panduan kepada ahli-ahli sekiranya menyertai pertandingan sebegini lagi. Raft Safari Padawan & Baleh Rakit Kapit akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti. kemungkinan besar Kalk akan mengambil bahagian dan pengalaman ini akan menjadi panduan kepada Kalk. Semuga berjaya KaLK...

No comments:

Post a Comment